26 July 2015

Berita: Minyak Masak Boleh Guna Semula 80 kali!


Umum mengetahui bahayanya menggunakan minyak masak berulang kali. Satu artikel khas tentang bahaya minyak masak terpakai boleh dibaca pada link di bawah,

[Minyak Masak Terpakai Boleh Sebabkan Kanser Jika 7 Langkah ini Diabaikan]

Mungkin ada yang mengeluh, alangkah baiknya jika minyak ini dapat digunakan berulang kali. Dapatlah kita berjimat. Terutamanya pada situasi ekonomi sekarang, harga barang semakin meningkat. 

Berita gembira kepada kita semua,
Sejenis minyak yang sihat dan boleh digoreng sebanyak 80 kali telah dihasilkan oleh sekumpulan saintis di Universiti Putra Malaysia (UPM)! Ikuti berita yang diterbitkan awal bulan ini di segenap portal berita tempatan.



KUALA LUMPUR 10 Julai – Penyelidik Universiti Putra Malaysia (UPM) berjaya menemui satu formula saintifik daripada ekstrak herba semulajadi yang membolehkan minyak masak digunakan untuk menggoreng sebanyak 80 kali tanpa menjejaskan kesihatan manusia.

Felo Penyelidik Utama Institut Biosains UPM, Prof. Dr. Suhaila Mohamed berkata, formula saintifik yang dikenali sebagai minyak Afdhal tersebut merupakan salah satu inovasi penciptaan minyak yang boleh dimakan dan dijadikan sebagai bahan penambah dalam minyak masak untuk menggoreng dan juga salad.

“Minyak masak tersebut boleh digunakan secara berulang seba­nyak 80 kali menggoreng, ini dapat mengelakkan pembaziran dalam penggunaan minyak bagi tujuan masakan (menggoreng).

“Selain itu, produk ini mampu mengurangkan penyerapan mi­nyak, sekali gus menggelakkan kolesterol dalam makanan bergoreng sehingga 85 peratus dan mampu membantu pengguna mencegah penyakit kardiovaskular dan kanser,” kata­nya.

“Minyak Afdhal adalah 100 peratus buatan Malaysia dan untuk mendapat pa­ten antarabangsa dari negara seperti Amerika Syarikat, Eropah dan Jepun adalah sa­ngat membanggakan,” katanya.

Tambah Suhaila, pihaknya sedang berusaha untuk membawa produk terbaharu itu ke pasaran tempatan dan antarabangsa dalam masa terdekat.

“Minyak Afdhal sudah ada di pasaran tempatan tetapi masih belum menyeluruh dan saya menjangkakan produk ini akan boleh didapati di pasar raya-pasar raya utama dalam masa setahun.

“Untuk pasaran antarabangsa pula, saya meletakkan tempoh tiga tahun dan sekarang kita sedang mengusahakan untuk menembusi pasaran di China,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...